Friday, January 6, 2012

leisure the past, don't live with it..!


Last week, saya drive heading to bank. Nak withdraw duit sikit. Tgh2 dok drive tu, dUmmmMMM..!! saya  tgk rare mirror..’eh? bukan kereta aku yang accident?tp bunyi mcm dekat je?’ saya tgk side-mirror both side, ‘aik? Still x Nampak accident pon…?’ At last, saya pusing terus kepala saya ke belakang so that dapat clear view crash sound tu datang dari mana without concerning that saya tengah drive waktu tu……..

 Tetiba, POn.!poOnNN..!!!!! entah dari mana ,ada scoot horn saya coz saya nyaris2 ja himpit dia smpai nak naik pavement tepi jalan tu..sikit lagi ja nak accident. Girl yg naik scoot tu pun, memberikan jelingan maut Chun Li kat saya sambil mulut dia dok ToOT..! toot..! maki hamun saya le kot gamaknya..saya tak dengar dia cakap apa since since tak bukak tingkap, tapi boleh agak la kan..hehe..tak sempat saya nak mintak maaf mohon ampun maaf zahir batin, girl tu dah menyeriitt(pecut) laju scoot dia tu.. huk3..sori kak..!

Bila sampai rumah, saya terfikir balik incident yg berlaku tu..apa sebab aku nyaris-nyaris langgar budak scoot tu yer? Dah dapat!!
1.      1. Bunyi Dentuman,”dummmMMM..!!”
2.      2. Aku takut kereta belakang langgar kereta aku.
3.      3. Aku tgk rare mirror(cermin pandang belakang).
4.      4. Aku tengok both left and right side-mirror.
5.      5. Aku pusing terus kepala aku ke belakang.

Andai kata kelima-lima perkara di atas ni tak berlaku, for sure saya tak akan nyaris2 langgar anak dara orang…huh! Anyway, after all saya kaitkan balik apa kaitan semua perkara yang dah berlaku tu dengan kehidupan kita seharian. Kalau kita teliti balik, setiap yang berlaku tu membawa unsur perlambangan  dgn life kita.
1.      1. Bunyi Dentuman,” dummmMMM..!!”  = ujian/dugaan datang       menguji diri.

2.      2. Saya  takut kereta belakang langgar kereta aku = kenangan atau pengalaman masa lalu yg menghantui benak fikiran.

3.      3. Saya tgk rare mirror(cermin pandang belakang) = mengenang kembali pengalaman manis atau peristiwa pahit di masa lalu.

4.      4. Saya  tengok both left and right side-mirror = takut-takut dengan pesaing yang berada di sekeliling.

5.      5. Saya pusing terus kepala aku ke belakang = hidup bersama kenangan lampau tanpa memandang hadapan.


Moral:  Masa pandu kereta, cermin hadapan sentiasa besar manakala cermin pandang belakang dan cermin sisi hanya kecil. Mustahil dapat memandu jika cermin pandang belakang lebih besar dari cermin pandang depan. Begitu juga dengan hidup, masa silam hanya cermin kecil untuk mengelak kesilapan lepas. Bukan menjadi fokus utama, menyebabkan hidup kita langsung tidak dipandu.

Wednesday, November 9, 2011

Memahami…


Setiap manusia yg bernafas paste pasti inginkan agar org sekeling sekelilingnya boleh memahami apa yg dia rasa..kita nak sahabat kita faham kita..kita nak keluarga kita faham kita..kita nak kekasih kita faham kita...kita nak kucing kita faham kita..(eh ??)
aku pon x terkecuali.walaupun aku berpegang pada beberapa prinsip yg agak terkenal dalam kalangan pemuitis seperti :-

 “jika kita nak seseorang memahami kita,
kita hendaklah cuba memahami org tu dulu,
 jika kita nak seseorang itu menyayangi kita,
 kita wajarlah terlebih dahulu menyayangi org tersebut.”
“seseorang yang tidak memberi tak akan menerima”

Kata-kata di atas teramatlah selalu kita dengar, x keterlaluan jika aku katakan semua orang pernah dengar kata-kata di atas atau yg seumpama dengannya. Namun, hakikatnya, belum tentu ia betul dan selalunya ia salah salah salah dan x tepat sama sekali!sebab, ironinya, dalam dunia realiti, xde seorang pun yang boleh memahami kita sepenuhnya, even teman kita, bestie kita, family kita, or even kembar sekalipun x boleh faham twins dia sepenuhnya .

 mungkin ada certain couples yg cakap pasangannya memahami dirinya, namun pernah tak kita terfikir apa yang dia lalui utk memahami kita?betul ke dia bena-benar memhami?

Sebenarnya, amat susah utk memahami seseorang dan mengharapkan orang memahami kita.. sebab orang yang paling memahami kita ialah diri kita sendiri. Diri kita sendiri. Diri kita sendiri.

So, xperlulah kita terlalu mengharapkan org lain memahami kita, kelak kuciwa. Kita perlulah sesuaikan diri dgn keadaan dan situasi. Paling utama, kita kena faham diri kita dulu dan perlu kenalpasti apa yang kita mahukan sebenarnya dalam hidup ni….

Jangan harapkan orang lain boleh membahagikan  membahagiakn diri kita, kita yang perlu cari jalan untuk membahagiakan diri kita sendiri…

kebahagiaan tu pasti menanti bagi setiap insane insan yang berusaha untuk mengecapinya..

Saturday, July 2, 2011

OhH BeRat..NaiKLaA..



dah beli menda ni, RM 250 fly in a single blink of eye..kalau x naik gak berat aku, xtaw la ape nak wat dah nak bagi naek berat bdn..skang berat ak 64kg, hope boleh naik till 68 or 70 b4 the end of 2011..
kalau ikut ape yg trainer gym tu ckap, mkn 2 kali shari kalau nak bdn mcm john cena..eiii, xmola bro, gedabak sgt tuh!!kang nak jalan pon x larat, I dah la jarang2 workout..kang besar mcm ketapi sape nak tggung??(huk3..cpat je  mulut ak ckap waktu tu, malu sbentar..) trainer tu gelak ja.. then dy ckap kalau mcm tu mkn skali shari or 2 hari skali utk dpat bdn medium..huhu..ak snyum je..
dah 2 minggu ak mnum weight gainer ni…banyak kesan dy..antaranya:
  • ·         Aku jadi lalu mkn..
  • ·         Kalau dulu bajet mkn shari UNDER RM 10,skang dah jadik shari AT LEAST RM15..
  • ·         Perot trasa kembong,n keras semacam.(x payah sit up dah pasni utk dpatkan six pack.haha)
 Hope ada kesan..kita tunggu ujong tawon ni nak tgk mnuman ni really deally berkesan ke x..huhu
 




Saturday, May 28, 2011

TiGa TeTaMu MisTeRi...



          Seorang isteri tinggal di rumahnya sendirian. Suami dan anaknya pergi bekerja di kebun berdekatan. Sedang dia sibuk menyediakan makanan tengahari, datang tiga orang tetamu yang begitu tua memberi salam di hadapan rumahnya. Setelah menjawab salam, dia berkata, ”saya tidak dapat menjemput tuan-tuan masuk ke dalam rumah, kerana suami saya tiada. Sudikah tuan-tuan duduk di halaman sementara menunggu suami saya pulang?”Salah seorang dari mereka berkata, “tidak mengapa, biar kami menunggu di luar.”

          Sejurus si suami pulang, mereka bersalaman dan para tetamu itu memperkenalkan diri.“saya kekayaan,” kata lelaki pertama. “saya kejayaan,” kata lelaki kedua. “dan saya kasih sayang,” ujar lelaki tua yang akhir. Si lelaki menjemput para tetamunya masuk. Namun yang paling tua di antara mereka berkata,”hanya seorang sahaja di antara kami yang boleh masuk.” 

“jadi kami sekeluarga terpaksa memilih antara kamu bertiga?”

“ya!”,jawab mereka.

“tunggu kami berunding dulu,”pinta tuan rumah.

“kita pilih kekayaan,” cadang si isteri.” Semoga rumah kita akan dilimpahi kekayaan.dengan kekayaan kita boleh mendapat apa sahaja yang kita dambakan selama ini.”

“tidak,”kata si ayah.”apa kata kita pilih kejayaan. Apabila kita berjaya pasti kita akan dapat harta. Buakan itu sahaja, malah banyak lagi.”

“ayah,ibu. Saya cadangkan kita pilih kasih sayang,”kata si anak.”biarlah kita hidup seperti hari ini. Hidup sederhana tapi penuh dengan kasih sayang. Saya gembira dan berasa amat bahagia sekalibila ayah dan ibu saling berkasih sayang dan menyayangi saya...””


Kedua-dua suami isteri itu tersentak dengan pandangan si anak yang begitu murni. “baiklah, kita akan jemput kasih sayang masuk ke dalam rumah kita,”kata si ayah.

“tuan-tuan yang dihormati, kami mengambil keputusan untuk menjemput pak cik kasih sayang  sebagai tetamu. Kami memohon maaf kerana menolak tuan kejayaan dan kekayaan, kerana itu jua yang tuan-tuan minta.”

Maka tetamu kasih sayang masuk ke dalam rumah mereka, namun diiringi oleh kedua-dua orang tua yang lain. Tuan rumah terkejut melihat ketiga-tiga masuk ke rumah.

“eh, maafkan saya! Mengapa tuan-tuan semua masuk. Bukankah tadi kami hanya memilih pak cik kasih sayang?”

“anakku, jika kau menjemput kasih sayang bereti kau juga menjemput kejayaan dan kekayaan. Sudah menjadi prinsip kami, kami akan pastikan ke mana sahaja kasih sayang pergi,kami akan mendampinginya.”
Mendengar yang demikian, lelaki, isteri dan anaknya tersenyum gembira. Alhamdulillah...!

p/s: di harap kisah di atas dapat memberi iktibar kepada kita semua. Kadang-kadang dalam mengharung liku-liku kehidupan yang kian mencabar,kita terleka dengan kejayaan dan kekayaan yang kita miliki. Kita sanggup dan tega membiarkan diri kita terus hanyut dibuai kenikmatan kedua-dua yang bersifat sementara  ini, Sehinggakan norma-norma kemasyarakatan dan nilai-nilai kasih sayang semakin terhapus dan mereput dalam diri kita. Lihatlah sahaja di muka akhbar dan di kaca tv, berapa ramai bayi dan janin dibuang di sana sini. Longkang yang berbau bangkai, tong sampah yang dipenuhi ulat,malah, lubang tandas yang teramat kotor itu juga pernah menjadi saksi mereka dibuang! Yang lebih menyedihkan, majoriti golongan yang tahu bagaimana hendak ‘produce’ anak tapi tidak tahu erti tanggungjawab ini adalah datangnya dari kalangan orang melayu sendiri!! suatu ketika dahulu bangsa melayu terkenal kerana gahnya ciri ketemadunan, namun apalagi yang boleh diharapkan kini pada bangsa melayu?melayu kini lebih ramai yang disirami dengan masalah sosial dan dibajai hasad dengki agar yang mekar  tumbuh kelak adalah syaitan yang bertopengkan manusia!inikan yang dikatakan melayu Islam?melayu Islam ke Melayu SELAM??inikah melayu yang ingin kita tuju...??inikah matlamat kita..?? wal’iyazubillah..

bersamalah kita mencari erti kasih sayang yang sebenar...