Monday, May 23, 2011

nyamuk oh nyamuk!

nyamuk oh nyamuk..tiba2 tergerak nak wat post pasal nyamuk...diharapkan ia bermanfaat..
Fakhrul al-razi dalam tafsirnya menyatakn bhawa golongan kuffar telah mndatangkan keraguan dgn mnyatakan bahawa apabila al-Quran menyebut tntang lebah,lalat, labah-labah dan semut, maka ia menunjukkan bahawa al-Quran tdak fasih kerana mmbincangkan ttntang haiwan2 kecil. Persoalannya di sini, bagaimana tohmahan golongan kafir ini hendak ditangkis??
                Kmudian, Allah telah mnjawab kraguan golongan kuffar tersebut mlalui ayat ini, iaitu sesuatu yg ‘kecil’ itu tidaklah menafikan kefasihan dalam perkataan apabila menyentuh tntang sesuatu yg mngandungi hikmah yg tinggi dan mendalam seperti nyamuk.
Firman Allah s.w.t dalam surah al baqarah ayat 26 bermaksud..
                Sesungguhnya Allah tidak mahu mmbuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk atau yg lbih kecil drpd itu(kerana perbuatan itu ada hikmahnya). Iaitu kalau orang yg beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar drpd tuhan mereka. Dan kalau org kafir pula mereka akan berkata “apakah maksud Allah mmbuat perbandingan ini?” (jawabnya):”tuhan akan mnjadikan bnyak org sesat sebab perbandingan itu , dan mnjadikan bnyak org mndapat petunjuk dengan sebabnya.dan tuhan tidak akan mnjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan org yg fasiq”.
Small but strong(SS)
                Walaupun golongan musyrikin memandang sinis terhadap “haiwan kecil” yg disebutkan dalam al-Quran, nmun kajian sains pada hari ini mndapati bhawa penciptaan “haiwan kecil” sperti nyamuk sbenarnya mnunjukkan kehebatan Allah dalam penciptaan yg amat tinggi. Melalui haiwan sekecil nyamuk inilah Sir Ronald Ross mmperoleh Anugrah Nobel dalam bidang fisiologi dan perubatan pada tahun 1902, berasakan hasil kajian beliau terhadap pnyakit malaria yg mengorbankan ramai nyawa manusia pada waktu itu. Kajian selama lebih kurang 18 tahun itu, telah Berjaya mmbuktikan bahawa malaria dibawa oleh sejenis nyamuk yg dikenali sebagai “Anopheles” .
                Jelas dan terang daripada penemuan ini , betapa sesuatu yg kecil bukanlah sesuatu yg sia-sia atau remeh, walaupun ia kelihatan remeh dan kecil di sisi org yg x beriman.  Benar, nyamuk mmpunyai tubuh badan yg kecil, namun ia mmpunyai hubungan yg amat penting dalam kesihatan manusia. Pelbagai pnyakit yg berlaku adalah dissebabkan oleh nyamuk.
                Nyamuk anopheles merupakan vector malaria, nyamuk aedes pula merupakan vector denggi, yellow fever di amerika dan afrika dan ensefalitis di eropah. Manakala nyamuk2 mansonia dan culex pula merupakan vector penyakit filariasis(untut).
Anggapan kebanyakan org bahawa nyamuk ialah penghisap darah tidaklah sepenuhnya benar. Hanya nyamuk betina yg menghisap darah dan bukan jantan. Di samping itu, nyamuk betina menghisap darah bukan untuk keperluan makanan seharian mereka. Hal ini kerana, samada nyamuk jantan atau nyamuk betina , kedua2nya hidup dngan memakan nectar ,iaitu cairan manis yg dirembes oleh bunga tanaman(madu bunga).
                Satu-satunya alas an mengapa nyamuk betina dan bukan jantan yg mghisap darah adalah kerana darah yg mengandungi protein yg dperlukan untuk perkembangan dan pertumbuhan telur nyamuk. Dengan kata lain, nyamuk betina menghisap darah untuk mmpertahankan klangsungan hidup spesiesnya. Sebab itu, apabila kita merujuk al-Quran Allah telah menggunakn perkataan “al-Bau’dah” yg merujuk kepada “nyamuk betina”.
                Subhanallah, hebatnya ayat suci Al-Quran apabila penggunaan kata yg tepat dan sesuai dipilih untuk mnyampaikan sesuatu maksud dgn berkesan. Pada peringkat penurunan ayat ini, mungkin tidak dapat diperhalusi dari sudut hikmah penggunaan “nyamuk betina” dan bukannya “nyamuk jantan”. Kan tetapi, setelah berkembangnya ilmu sains dan teknologi , maka terungkaplah perbezaan tugas antara nyamuk betina dan nyamuk jantan. Nyamuk betina bnyak mempengaruhi kehidupan manusia sejagat.
                Dalam dunia terdapat bnyak jenis nyamuk yg mmpunyai pelbagai kelakuan dan menghuni dari pelbagai habitat. Contohnya, terdapat nyamuk yg keluar pada siang hari,pada waktu senja atau pada waktu malam. Terdapat juga nyamuk yg membiak di kawasan terbuka dan ada yg membiak di tempat teduh. Seterusnya, ada nyamuk yg suka menghisap darah haiwan,ada yg suka darah manusia dan ada yg menghisap darah apa sahaja yg ditemuinya.
p/s:ada juga nyamuk dalam kalangan manusia. Nnyet….nnyet…nnyet…(bunyi “nyamuk manusia” yg asyik  bergosip dan mengumpat.) hehe..

No comments:

Post a Comment