Saturday, May 28, 2011

TiGa TeTaMu MisTeRi...



          Seorang isteri tinggal di rumahnya sendirian. Suami dan anaknya pergi bekerja di kebun berdekatan. Sedang dia sibuk menyediakan makanan tengahari, datang tiga orang tetamu yang begitu tua memberi salam di hadapan rumahnya. Setelah menjawab salam, dia berkata, ”saya tidak dapat menjemput tuan-tuan masuk ke dalam rumah, kerana suami saya tiada. Sudikah tuan-tuan duduk di halaman sementara menunggu suami saya pulang?”Salah seorang dari mereka berkata, “tidak mengapa, biar kami menunggu di luar.”

          Sejurus si suami pulang, mereka bersalaman dan para tetamu itu memperkenalkan diri.“saya kekayaan,” kata lelaki pertama. “saya kejayaan,” kata lelaki kedua. “dan saya kasih sayang,” ujar lelaki tua yang akhir. Si lelaki menjemput para tetamunya masuk. Namun yang paling tua di antara mereka berkata,”hanya seorang sahaja di antara kami yang boleh masuk.” 

“jadi kami sekeluarga terpaksa memilih antara kamu bertiga?”

“ya!”,jawab mereka.

“tunggu kami berunding dulu,”pinta tuan rumah.

“kita pilih kekayaan,” cadang si isteri.” Semoga rumah kita akan dilimpahi kekayaan.dengan kekayaan kita boleh mendapat apa sahaja yang kita dambakan selama ini.”

“tidak,”kata si ayah.”apa kata kita pilih kejayaan. Apabila kita berjaya pasti kita akan dapat harta. Buakan itu sahaja, malah banyak lagi.”

“ayah,ibu. Saya cadangkan kita pilih kasih sayang,”kata si anak.”biarlah kita hidup seperti hari ini. Hidup sederhana tapi penuh dengan kasih sayang. Saya gembira dan berasa amat bahagia sekalibila ayah dan ibu saling berkasih sayang dan menyayangi saya...””


Kedua-dua suami isteri itu tersentak dengan pandangan si anak yang begitu murni. “baiklah, kita akan jemput kasih sayang masuk ke dalam rumah kita,”kata si ayah.

“tuan-tuan yang dihormati, kami mengambil keputusan untuk menjemput pak cik kasih sayang  sebagai tetamu. Kami memohon maaf kerana menolak tuan kejayaan dan kekayaan, kerana itu jua yang tuan-tuan minta.”

Maka tetamu kasih sayang masuk ke dalam rumah mereka, namun diiringi oleh kedua-dua orang tua yang lain. Tuan rumah terkejut melihat ketiga-tiga masuk ke rumah.

“eh, maafkan saya! Mengapa tuan-tuan semua masuk. Bukankah tadi kami hanya memilih pak cik kasih sayang?”

“anakku, jika kau menjemput kasih sayang bereti kau juga menjemput kejayaan dan kekayaan. Sudah menjadi prinsip kami, kami akan pastikan ke mana sahaja kasih sayang pergi,kami akan mendampinginya.”
Mendengar yang demikian, lelaki, isteri dan anaknya tersenyum gembira. Alhamdulillah...!

p/s: di harap kisah di atas dapat memberi iktibar kepada kita semua. Kadang-kadang dalam mengharung liku-liku kehidupan yang kian mencabar,kita terleka dengan kejayaan dan kekayaan yang kita miliki. Kita sanggup dan tega membiarkan diri kita terus hanyut dibuai kenikmatan kedua-dua yang bersifat sementara  ini, Sehinggakan norma-norma kemasyarakatan dan nilai-nilai kasih sayang semakin terhapus dan mereput dalam diri kita. Lihatlah sahaja di muka akhbar dan di kaca tv, berapa ramai bayi dan janin dibuang di sana sini. Longkang yang berbau bangkai, tong sampah yang dipenuhi ulat,malah, lubang tandas yang teramat kotor itu juga pernah menjadi saksi mereka dibuang! Yang lebih menyedihkan, majoriti golongan yang tahu bagaimana hendak ‘produce’ anak tapi tidak tahu erti tanggungjawab ini adalah datangnya dari kalangan orang melayu sendiri!! suatu ketika dahulu bangsa melayu terkenal kerana gahnya ciri ketemadunan, namun apalagi yang boleh diharapkan kini pada bangsa melayu?melayu kini lebih ramai yang disirami dengan masalah sosial dan dibajai hasad dengki agar yang mekar  tumbuh kelak adalah syaitan yang bertopengkan manusia!inikan yang dikatakan melayu Islam?melayu Islam ke Melayu SELAM??inikah melayu yang ingin kita tuju...??inikah matlamat kita..?? wal’iyazubillah..

bersamalah kita mencari erti kasih sayang yang sebenar... 

No comments:

Post a Comment